Ketahui kenapa terdapat

perbezaan antara

ulama-ulama fiqh yang silam!

“Menghilangkan rasa pelik dan hairan anda tentang perselisihan ulama fiqh”

Daripada: ustaz usulifaqih (Irwan bin Mohd Subri)

Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh

Mungkin anda sering tertanya-tanya, kenapa ulama berselisih pendapat dalam masalah fiqh. Kenapa juga mazhab-mazhab fiqh yang besar ada empat. Kenapa tidak hanya satu mazhab fiqh sahaja?

Saya juga seperti anda dahulunya. Walaupun saya belajar dalam bidang Syariah, saya juga tertanya-tanya sebab musabbabnya seperti anda. Terkadang dalil yang dipakai oleh mazhab berlainan adalah sama. Namun tafsirannya berbeza sehinggakan hukum yang diputuskan juga berbeza.

Kemusykilan ini mendorong saya untuk membuat satu kajian. Saya mengkaji bagaimana boleh timbulnya asas-asas perselisihan mazhab fiqh. Hasil kajian ini menunjukkan ia berpunca daripada dua aliran awal yang wujud dalam sejarah fiqh Islam. Dua aliran ini wujud sebelum terbentuknya empat mazhab fiqh yang utama.

Memperkenalkan:

[Produk ini ialah E-BOOK dalam format pdf dan bukan buku bercetak]

SINOPSIS E-BOOK

- E-book ini membincangkan mengenai dua aliran yang wujud dalam fiqh. Ia juga membincangkan sebab-sebab perkembangan kedua-dua aliran tersebut. Turut disentuh ialah metodologi yang digunakan dalam pembinaan hukum.

- Aliran pertama lahir daripada pemikiran Abdullah bin Umar, Abdullah bin Abbas dan Zayd bin Thabit. Aliran ini dikenali sebagai aliran Hadis yang berpusat di Hijaz terutamanya di Madinah. Aliran ini lebih bersandarkan kepada hadis dalam pembinaan hukum mereka dan hanya menggunakan fikiran setelah keadaan mendesak.

- Manakala aliran kedua pula dikenali sebagai aliran fikiran dan berpusat di Kufah, Iraq. Aliran ini tercetus daripada pemikiran Umar bin al-Khattab dan Abdullah bin Mas’ud yang lebih cenderung kepada penggunaan fikiran dalam pembinaan hukum. Kajian ini bertujuan mencungkil satu khazanah fiqh buat umat Islam untuk tatapan dan kajian lanjut mereka.

- E-book ini boleh menjadi panduan kepada ulama zaman sekarang dalam mengaplikasikan penggunaan fikiran bagi menyelesaikan masalah yang tidak dinyatakan secara jelas atau yang ketiadaan nas dalam al-Quran dan hadis, seperti mana yang dilakukan oleh fuqaha terdahulu.

PENULIS E-BOOK:

Ustaz Irwan bin Mohd Subri, atau lebih dikenali dengan “usulifaqih”.

Beliau merupakan Pensyarah Kanan di Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia.

Berpendidikan ijazah Sarjana Muda Syariah Islamiyyah, Universiti al-Azhar, Mesir. Kemudian mendapat Sarjana Pengajian Islam (Syariah), Universiti Kebangsaan Malaysia. Juga calon pelajar Doktor Falsafah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Bidang kepakaran beliau ialah Usul Fiqh, Fatwa dan Sejarah Perundangan Islam. Telah menulis pelbagai artikel dalam bidang Syariah umumnya dan fiqh serta usul khususnya.

Lawati blog beliau: klik di sini!

MENGAPA ANDA PERLU MEMILIKI E-BOOK INI:

1. Ia ditulis oleh seorang yang pakar dalam bidang Syariah dan berpengalaman mengajar selama 9 tahun.

2. Menjadi rujukan anda dalam memahami perkara berkaitan fiqh terutama sebab perselisihan ulama.

3. Bahasa dan penerangan yang mudah difahami.

Beli Sekarang!!

RM 25.00

Diskaun Hebat!!!

RM 15.00 (Lima Belas Ringgit) Sahaja

Edisi terhad sempena promosi sulung e-book ini!

Jika anda mendapatkan e-book ini pada 1 April 2010 sebelum 30 Jun 2010,  anda hanya perlu membayar RM 15.00 sahaja. Selepas tarikh tersebut, harga ini mungkin akan ditamatkan dan akan dinaikkan ke harga RM25.00. Ingat! Tawaran ini hanya sementara saja.

BONUS ! BONUS !

Dengan membeli e-book ini anda juga akan mendapat bonus istimewa daripada ustaz usulifaqih:

MILIKI SEKARANG!!!


RM 25.00

Diskaun Hebat!!

RM 15.00 (Lima Belas Ringgit) Sahaja

usulifaqih
013-3543594
USIM, Nilai.

P/S: Jangan biarkan lagi diri anda tertanya-tanya kenapa ulama fiqh berselisih pendapat. Dapatkan jawapannya segera. Klik di sini!