Anda peminat nasyid?

Anda ingin mendengar lagu-lagu baru?

Anda ingin mendengar terjemahan doa iftitah dilagukan?

 Anda peminat Instinct?

MEMPERKENALKAN:

ALBUM KEDUA DAN TERBARU!!!

“IFTITAH”

DARIPADA KUMPULAN

“INSTINCT”

Kini dilancarkan dengan lagu-lagu baru yang lebih meruntun jiwa…

  

TREK LAGU

1. Iftitah <4.57>

2. Rintihan <4.02> 

3. Resah <4.59> 

4. Seindah Bicara <3.46> 

5. Cinta Abadi <5.09> 

  

  

  

TREK BONUS

(Istimewa hanya untuk pembeli album ke 2 Instinct melalui web ini)

1. Rasulullah <3.44> 

2. Simfoni Senja <4.47> 

  

  

MILIKI ALBUM TERBARU INSTINCT SEKARANG!!!

RM 14.90 

Sekarang !!!!!    RM 14.00 sahaja

Sempena pelancaran album kedua Instinct ini… Terhad… Anda hanya perlu membayar RM 14.00 sahaja… Bukan itu sahaja anda juga akan mendapat bonus-bonus hebat di atas… 

 

  

LIRIK LAGU DALAM ALBUM “IFTITAH”

IFTITAH
Lagu: Irwan Mohd Subri
Lirik: Irwan Mohd Subri
Vokal: Instinct & Dimashqu

Allah Maha Besar sebesar-besarnya
Pujian bagi Allah sebanyak-banyaknya
Maha Suci Allah pagi dan petang (2 x) 

Kuhadapkan wajahku kepada
Tuhan yang telah mencipta
Langit dan bumi (2 x)
Sucinya diri berserah diri
Dan tidakku dari golongan musyrikin 

Sesungguhnya sembahyangku
Ibadatku hidup dan matiku
Hanyalah kepada
Tuhan sekelian alam
Tiada sekutu bagiNya
Begitulah ku diperintahkan
Dan aku dari gologan muslimin .. amin ya Rahim 

  

RINTIHAN
Lagu: Zahibi Mat Isa
Lirik: Zahibi Mat Isa
Vokal: Instinct

Setelah sekian lama tiada
Sedihnya kembali bermula
Angkara manusia syaitan durjana
Anak dibuang dan didera

Mereka adalah anugerah Ilahi
Yang dilahirkan ke dunia ini
Belum sempat membuka matanya lagi
Kini berada di alam sunyi

Dengarlah rintihan hati ini
Sungguhku tidak tertahan lagi
Aku dibuang dan dilecuri
Apakah dosaku diperlaku begini

Ke mana perginya maruahmu
Yang sering kau pertahankan itu
Tidakkah dikau terasa malu
Di atas apa yang kau laku

Insaflah wahai manusia
Hentikanlah siksa hentikanlah dera
Hidup ini adalah sementara
Balasan Allah pasti akan tiba
Di padang mahsyar di akhirat sana

  

RESAH
Lagu: Wan Muhammad Najib
Lirik: Wan Muhammad Najib
Vokal: Instinct

Senjakala yang menggamit
Resah dalam perjalanan
Meniti waktu dengan pasrah
Mengharap secangkir kasihMu

Tika dedaun berguguran
Mengimbau kenangan semalam
Apakah dosa-dosa ini akan terampun
Dalam perjalanan kembali
Untukku menuju Ilahi

Tuhan kurniakan kasihMu
Munajatku di penjuru malam
Menghapus dosa yang silam
Ingin kucubit dan kulontarkan
Bersihkan diri mengadapMu

Resah menangis dikalbuku
Tika kenangan dahulu menyapa sanubariku
Pasti nasuha yang ku munajatkan
Menyulam hasrat kasih sejati

  

SEINDAH BICARA
Lagu: Instinct
Lirik: Instinct
Vokal: Instinct

Waktu terus melangkah
Kita terus menongkah
Berbekalkan dengan pegangan kita
Terus melangkah progresif

Berbudi berkomunikasi
Salam dimula diakhiri
Pertemuan kita menjadi murni
Tanda ukhuwwah bersemi

Seindah kata budi bicara
Semulia tutur salam dan mesra

Bumi terbentang indah memandang
Sebuah kehidupan mewarnai alam (2 x)

Seindah kata memukau jiwa
Sebaik hati memberi kasih

Itulah yang kita perlukan
Nilai murni dalam kehidupan
Dalam meneruskan perjuangan
Mendambakan keredaan tuhan

Ya Ilahi ya Rabbal Izzati
Bantulah kami dalam berbakti
Moga bahagia dan harmoni
Dalam meneruskan hidup insani
Ya Rabbal Izzati

 

CINTA ABADI
Lagu: Copyright
Lirik: Copyright
Vokal: Instinct

Sepanjang perjalanan langkah bertatih kasih
Mencari keredaan tuhan
Mengenal rahsia cinta dan air mata
Dulu kutempuhi ranjau duri kususuri
Laut derita dan sengsara

Ke mana sungai jernih mengalir
Andainya tidak ke muara
Ke mana abid merayu kasih
Andai tidak kepadaMu

Tuhan bukanku idam segunung intan
Bukan mahligai emas kayangan
Tuhan suburkan rumpun kasihMu
Tuhan hambaMu memohon

Jelas segalanya keampunan terserlah ketaatan
Jelas segalanya air mata terteumpah keranaMu
Kerana rahmatMu Jelas segalanya
Hati menyusuri fitrah kehambaan

  

  

MILIKI ALBUM TERBARU INSTINCT SEKARANG!!!

RM 14.90

Sekarang !!!!!    RM 14.00 sahaja

Sempena pelancaran album kedua Instinct ini… Terhad… Anda hanya perlu membayar RM 14.00 sahaja… Bukan itu sahaja anda juga akan mendapat bonus-bonus hebat di atas…

Tiada jaminan bonus-bonus itu akan dikekalkan selepas tarikh tersebut… Jangan lepaskan peluang ini… Kalau tidak anda akan menyesal….

  

  

(P) & © muslimdigital.com …  2010
Perhatian: Semua hak pengeluaran dan kerja-kerja rakaman adalah terpelihara. Oleh itu peniruan, penyiaran dan persembahan di khalayak ramai tanpa kebenaran pengurusan muslimdigital.com adalah dilarang sama sekali.

  

Pengurusan, terbitan dan pemasaran:
muslimdigital.com
26, Jalan Warisan Indah 8/2,
Kota Warisan, 43900,
Sepang, Selangor.
H/P: 013-3543594 (Untuk undangan persembahan pentas dan sebagainya, sila hubungi no. ini)